Krim soup brokoli dan Lobak Merah
Brokoli secukupnya
1 batang Lobak Merah
Secawan Stok ayam
4 sudu butter
4 sudu tepun serbaguna
3 cawan krim
sedikit garam
sedikit lada sulah (untuk baby tak perlu lah rasanya)
Rebus lobak dan brokoli bersama stok ayam sehingga mendidih. Kecilkan api sehingga empuk. kemudian sejukkan sekejap kemudian blender. Letak tepi
dalam api yg kecil, cairkan butter, masukkan tepung dan kacau rata kemudian masukkan krim. masukkan puri sayur tadi. tambah 1 cawan air rebusan ayam. masukkan garam dan lada sulah
(boleh tambah hirisan ayam, boleh dimakan sahaja atau dicecah roti... emmm sedap)
Monday, June 21, 2010
Wednesday, June 9, 2010
Hari Alam Sekitar
Bersempena dengan hari alam sekitar sedunia baru-baru ini. Fakta yang rasanya ramai sudah tahu dan mungkin yang belum, suhu di Malaysia telah mencapai 34 darjah celcius!!...mungkin ramai yang sudah perasan yang suhu pada waktu tengahari sangat panas. Sehingga ada yang tak sanggup keluar pejabat atau rumah.Isu ini telah lama diperkatakan, kempen-kempen telah dibuat tetapi hanya segelintir yang mengambil tindakka manakala sebahagian lagi buat tak kisah. Jadi, sebagai ibu bapa kita mempunyai peranan dalam mendidik anak-anak untuk mencitai alam sekitar. seperti yang kita selalu dengar
Antara langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa :-
1. Memberi penerangan kepada anak-anak tentang alam sekitar dan peranannya
2. Memberi contoh yang positif kepada anak-anak seperti membuang sampah kedalam tong sampah, mengitar semula sampah yang boleh dikitar.
3. Mewujudkan satu ruang kitar semula dirumah. Barang-barang kitar semula ini boleh dihantar kepada recycleandreward.my dimana kita boleh menebus ganjaran hasil dari kitar semula ini.Sampah ditukarkan dengan barang elektrik? siapa tak nak kan?
4. Menggunakan elektrik dan air dengan sewajarnya (tidak membazir)
5. Menyertai bersama anak-anak kempen alam sekitar yang diadakan.
Sekiranya peranan kecil ini diambil tindakan oleh semua keluarga, alam kita Insya Allah akan terpelihara.
Kita bukan mewariskan alam ini kepada generasi akan datang tapi meminjam dari merekaSaya ada terlihat satu videoklip yang menarik. Setiap apa yang dilakukan ibu bapa akan diikut oleh anaknya. Contoh ibunya buang sampah ke luar kereta, anaknya pun buang sampah ke luar kereta. Setiap kali saya berhadapan dengan kereta-kereta yang kurang bertanggungjawab ni, dalam hati saya " emm.. mesti parents dia macam tu juga, mungkin anak-anaknya pun mesti buang sampah merata-rata kat rumah".
Antara langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa :-
1. Memberi penerangan kepada anak-anak tentang alam sekitar dan peranannya
2. Memberi contoh yang positif kepada anak-anak seperti membuang sampah kedalam tong sampah, mengitar semula sampah yang boleh dikitar.
3. Mewujudkan satu ruang kitar semula dirumah. Barang-barang kitar semula ini boleh dihantar kepada recycleandreward.my dimana kita boleh menebus ganjaran hasil dari kitar semula ini.Sampah ditukarkan dengan barang elektrik? siapa tak nak kan?
4. Menggunakan elektrik dan air dengan sewajarnya (tidak membazir)
5. Menyertai bersama anak-anak kempen alam sekitar yang diadakan.
Sekiranya peranan kecil ini diambil tindakan oleh semua keluarga, alam kita Insya Allah akan terpelihara.
Tuesday, May 18, 2010
Ayah Durhaka dan Peranan Ibu
Seorang lelaki datang mengadu kepada Khalifah Umar al-Khattab RA. Dia mengadu tentang anaknya yang durhaka terhadapnya. Lalu khalifah pun memanggil anak yang dikatakan durhaka itu lalu memberi peringatan kepadanya tentang bahaya bersikap durhaka.
Jawab anak tadi, "Wahai Amirul Mukminin, bukankah seorang anak mempunyai hak yang perlu dipenuhi oleh bapa nya?" "Ya", jawab Khalifah. "Boleh saya tahu apakah hak-hak itu?".
Khalifah menjawab kembali, "Seorang ayah wajib memilihkan ibu yang baik untuk anak-anaknya, memberi nama yang baik kepadanya dan mengajarkan al-Qur'an kepadanya".
Anak tadi menyambung, "Sebenarnya wahai Khalifah, tidak ada satu pun antara perkara berikut yang ditunaikan oleh ayahku. Ibuku seorang Majusi, namaku Ja'lan, dan aku tidak pernah diajarkan membaca al-Qur'an."
Umar al-Khattab menoleh kepada si ayah lalu berkata "Kamu telah datang mengadu tentang anakmu yang durhaka sedangkan Kamu sendiri telah mendurhakainya terlebih dahulu sebelum dia mendurhakaimu. Kamu telah melakukannya dengan perbuatan yang buruk, sebelum dia melayanmu dengan perangai yang buruk."
cerita ini diambil dari anakkusayang
Maka disini dapat dilihat betapa peranan seorang ibu adalah sangat penting. Sebelum kelahiran anak itu sendiri. Tetapi masih belum terlambat sekiranya kita (kaum ibu) ingin perbetulkan diri mana yang kurang untuk menjadi lebih baik untuk melahirkan generasi yang cemerlang dan bijak. Marilah kita bermula dari sekarang.

Ya Allah yang Maha Mengasihani, sesungguhnya aku selalu lalai dan leka, ampunilah aku dan jadikanlah diriku ibu yang terbaik untuk anak-anakku dan jadikanlah mereka anak yang soleh, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar
Monday, May 17, 2010
Bagaimana untuk mendidik anak seawal 0 bulan
Kisah-kisah Nabi
Tilmiz Doa
Seorang ibu pernah memberitahu saya, (Dia mempunyai anak-anak yang pandai dan ada ambil bidang perubatan pun) dia mengamalkan mendengarkan ayat-ayat Al-Quran senjak dari dalam perut hingga lahir dan diteruskan sehingga anaknya membesar (boleh mengaji sendiri barangkali). Secara psikologi yang saya rasa semua pun maklum Al-Quran merupakan penerang hati bagi manusia. Jadi saya pun bersetuju dengan cara tersebut kerana secara logik bila hati kita terang, kita boleh menerima segala ilmu dengan baik.
Selain itu perdengarkan lagu-lagu alphabet dari cd atau pun bacaan doa. Supaya dia biasa.
Lagi satu perkara, bayi sudah boleh melihat secara agak jelas ketika umur 3 bulan. Pada masa ini kita sudah boleh meletakkan beberapa poster yang menarik dan besar untuk menajamkan lagi minda dan matanya. Lagi bagus jikalau boleh meletakkan ayat-ayat suci untuk dilihat.
Kita juga boleh membawa dia berjalan-jalan di taman misalnya untuk menunjukkan dan memberitahu sesuatu contohnya menerangkan itu pokok, itu kereta, ini dapat meningkatkan kamus bahasa bayi tersebut.
Pelbagai lagi cara kreatif yang boleh dilakukan untuk bayi, tidak perlu tunggu sehingga setahun untuk mendidiknya.
Sunday, May 16, 2010
Ibubapa sebagai Role model
Kajian menyatakan otak bayi ibarat span. Boleh meresap dengan mudah. Walaupun daya ingatan masih lemah tetapi pada tahap 0 hingga 6 tahun adalah tahap otak sedang berkembang aktif. Bayi hanya akan menyerap apa sahaja yang dilihat dan dengar pada waktu ini. Contohnya kalau dia dibesarkan suasana mak ayah suka bersuara tinggi (macam menjerit) apabila besar dia akan mempunyai tabiat sama sebab baginya perbuatan tersebut tidak salah.
Setengah ibu bapa memandang remeh kerana bagi mereka bayi tidak memahami apa-apa. Dan itulah masalahnya kerana dia tidak memahami kenapa dan akibat sesuatu perlakuan. Maka dia akan lakukan seperti apa yang dia faham.
Oleh itu untuk memastikan anak-anak mempunyai akhlak yang baik maka ibubapa juga mempunyai peranan yang penting. Kerana ibu bapa adalah orang yang terdekat dan juga role model kepada anak-anak ketika ini. Antara perkara penting yang boleh dilakukan (yang juga saya praktikkan)
1. Bangun awal walaupun pada hari minggu. Jadi ini akan mendidik anak untuk bangun awal. agar ia jadi tabiat baik.
2. Letakkan anak disebelah ketika sembahyang atau mengaji. Supaya dia faham sembahyang itu wajib dan biar dia dengar bacaan ketika solat. (Menjadi kebiasaan anak saya (sekarang 8 bulan) diletakkan disebelah ayahnya ketika solat Maghrib, satu hari ketika ayahnya bersembahyang dan saya ditepi anak terkejut bila dia mengulang perkataan "Allah akhbar" beberapa kali.
3. Kalau marah dengan pasangan sama ada cakap dengan bahasa yang rendah atau diam dahulu. Sebagai tanda hormat pada pasangan. Kalau mak menjerit jerit atau panggil bahasa tidaksopan pada ayah macamana lah si anak nak hormat pada ayahnya dan juga sebaliknya.
4. Tunjuk teladan yang baik. Contohnya kalau si anak minta bantuan untuk basuh tangan selepas makan tapi ayah sedang membaca suratkhabar dan berkata tunggu dulu. Maka si anak beranggapan membaca suratkhabar lebih penting. Maka selepas makan dia akan terus bermain atau ambil buku. Kerana fahamnya membaca adalah lebih penting.
Antara panduan yang boleh dijadikan rujukan:
Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif
Anakku Hebat Anakku Soleh

Shichida Methods
Otak Kanan - Teknik Jepun
Shichida Methods...
Ini teknik orang Jepun mungkin kita boleh praktikkan untuk perkembangan anak-anak. Sebenarnya dalam Islam ada juga teknik sebegini cuma kurang didedahkan.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat dia sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak
soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Masa
tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur
2. Mula guna kad untuk ajar anak. Buat kad banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab
bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja
keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card
1,2,3, gambar-gambar.potonglah gambar kat mana-mana dsb. Kad imbas ini boleh juga didapati di Adikbijak
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang
main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami
dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe.Satu lagi cuba
lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh dia
orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini
pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.
4. Jgn marah-marah atau tengking anak. Apa yang kita cakap tu suatu doa dan boleh melemahkan semangat.
5. Satu lagi tingkatkan imaginasi dengan bercerita dan minta anak-anak sambung cerita tu, kadangkala mereka dapat memberi idea yang baik.
6. Main teka-teki dengan mereka, Letakan barang dalam kotak dan biarkan mereka teka. berikan klu seperti warna, bunyi, lama-lama depa boleh meningkatkan deria mereka. Ini
semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Pelbagai kan aktiviti kalau balik kampung ajar anak-anak buah bermain sekali jadi mereka ada aktiviti lain yang berfaedah. Lagi aktiviti menarik boleh didapati di dalam Permainan kreatif
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak
boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak
jadi....Buat kena ikhlas, dan merendah diri sikitlah bila dah terror ini
semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite
nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau
dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik.
p/s: diambil dan diedit dari forum AdikBijak

Pengenalan Generasi Bijak
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Blog ini terhasil daripada pengumpulan maklumat mengenai perkembangan pendidikan anak. Khusus buat ibu bapa yang tercari-cari cara pendidikan anak-anak. Untuk melahirkan generasi yang cemerlang dan berakhlak, pendidikan anak-anak bermula daripada rahim lagi. Cuba lihat sekeliling kita bagaimana fenomena akhlak remaja sekarang. Agak mengerunkan. Dengan pelbagai masalah sosial tidak dapat dibayangkan bagaimana akhlak anak kita 10 tahun lagi.
Semoga sedikit sebanyak blog ini dapat membantu pembaca semua bagi menentukan modul terbaik untuk anak anda.

Subscribe to:
Posts (Atom)