Monday, May 17, 2010
Bagaimana untuk mendidik anak seawal 0 bulan
Kisah-kisah Nabi
Tilmiz Doa
Seorang ibu pernah memberitahu saya, (Dia mempunyai anak-anak yang pandai dan ada ambil bidang perubatan pun) dia mengamalkan mendengarkan ayat-ayat Al-Quran senjak dari dalam perut hingga lahir dan diteruskan sehingga anaknya membesar (boleh mengaji sendiri barangkali). Secara psikologi yang saya rasa semua pun maklum Al-Quran merupakan penerang hati bagi manusia. Jadi saya pun bersetuju dengan cara tersebut kerana secara logik bila hati kita terang, kita boleh menerima segala ilmu dengan baik.
Selain itu perdengarkan lagu-lagu alphabet dari cd atau pun bacaan doa. Supaya dia biasa.
Lagi satu perkara, bayi sudah boleh melihat secara agak jelas ketika umur 3 bulan. Pada masa ini kita sudah boleh meletakkan beberapa poster yang menarik dan besar untuk menajamkan lagi minda dan matanya. Lagi bagus jikalau boleh meletakkan ayat-ayat suci untuk dilihat.
Kita juga boleh membawa dia berjalan-jalan di taman misalnya untuk menunjukkan dan memberitahu sesuatu contohnya menerangkan itu pokok, itu kereta, ini dapat meningkatkan kamus bahasa bayi tersebut.
Pelbagai lagi cara kreatif yang boleh dilakukan untuk bayi, tidak perlu tunggu sehingga setahun untuk mendidiknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment