Kajian menyatakan otak bayi ibarat span. Boleh meresap dengan mudah. Walaupun daya ingatan masih lemah tetapi pada tahap 0 hingga 6 tahun adalah tahap otak sedang berkembang aktif. Bayi hanya akan menyerap apa sahaja yang dilihat dan dengar pada waktu ini. Contohnya kalau dia dibesarkan suasana mak ayah suka bersuara tinggi (macam menjerit) apabila besar dia akan mempunyai tabiat sama sebab baginya perbuatan tersebut tidak salah.
Setengah ibu bapa memandang remeh kerana bagi mereka bayi tidak memahami apa-apa. Dan itulah masalahnya kerana dia tidak memahami kenapa dan akibat sesuatu perlakuan. Maka dia akan lakukan seperti apa yang dia faham.
Oleh itu untuk memastikan anak-anak mempunyai akhlak yang baik maka ibubapa juga mempunyai peranan yang penting. Kerana ibu bapa adalah orang yang terdekat dan juga role model kepada anak-anak ketika ini. Antara perkara penting yang boleh dilakukan (yang juga saya praktikkan)
1. Bangun awal walaupun pada hari minggu. Jadi ini akan mendidik anak untuk bangun awal. agar ia jadi tabiat baik.
2. Letakkan anak disebelah ketika sembahyang atau mengaji. Supaya dia faham sembahyang itu wajib dan biar dia dengar bacaan ketika solat. (Menjadi kebiasaan anak saya (sekarang 8 bulan) diletakkan disebelah ayahnya ketika solat Maghrib, satu hari ketika ayahnya bersembahyang dan saya ditepi anak terkejut bila dia mengulang perkataan "Allah akhbar" beberapa kali.
3. Kalau marah dengan pasangan sama ada cakap dengan bahasa yang rendah atau diam dahulu. Sebagai tanda hormat pada pasangan. Kalau mak menjerit jerit atau panggil bahasa tidaksopan pada ayah macamana lah si anak nak hormat pada ayahnya dan juga sebaliknya.
4. Tunjuk teladan yang baik. Contohnya kalau si anak minta bantuan untuk basuh tangan selepas makan tapi ayah sedang membaca suratkhabar dan berkata tunggu dulu. Maka si anak beranggapan membaca suratkhabar lebih penting. Maka selepas makan dia akan terus bermain atau ambil buku. Kerana fahamnya membaca adalah lebih penting.
Antara panduan yang boleh dijadikan rujukan:
Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif
Anakku Hebat Anakku Soleh
No comments:
Post a Comment