Sunday, May 16, 2010

Shichida Methods

Otak Kanan - Teknik Jepun
Shichida Methods...


Ini teknik orang Jepun mungkin kita boleh praktikkan untuk perkembangan anak-anak. Sebenarnya dalam Islam ada juga teknik sebegini cuma kurang didedahkan.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat dia sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak
soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Masa
tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur


2. Mula guna kad untuk ajar anak. Buat kad banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab
bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja
keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card
1,2,3, gambar-gambar.potonglah gambar kat mana-mana dsb. Kad imbas ini boleh juga didapati di Adikbijak

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang
main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami
dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe.Satu lagi cuba
lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh dia
orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini
pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak. Apa yang kita cakap tu suatu doa dan boleh melemahkan semangat.

5. Satu lagi tingkatkan imaginasi dengan bercerita dan minta anak-anak sambung cerita tu, kadangkala mereka dapat memberi idea yang baik.

6. Main teka-teki dengan mereka, Letakan barang dalam kotak dan biarkan mereka teka. berikan klu seperti warna, bunyi, lama-lama depa boleh meningkatkan deria mereka. Ini
semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Pelbagai kan aktiviti kalau balik kampung ajar anak-anak buah bermain sekali jadi mereka ada aktiviti lain yang berfaedah. Lagi aktiviti menarik boleh didapati di dalam Permainan kreatif

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak
boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak
jadi....Buat kena ikhlas, dan merendah diri sikitlah bila dah terror ini
semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite
nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau
dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik.

p/s: diambil dan diedit dari forum AdikBijak

No comments:

Followers