Kita bukan mewariskan alam ini kepada generasi akan datang tapi meminjam dari merekaSaya ada terlihat satu videoklip yang menarik. Setiap apa yang dilakukan ibu bapa akan diikut oleh anaknya. Contoh ibunya buang sampah ke luar kereta, anaknya pun buang sampah ke luar kereta. Setiap kali saya berhadapan dengan kereta-kereta yang kurang bertanggungjawab ni, dalam hati saya " emm.. mesti parents dia macam tu juga, mungkin anak-anaknya pun mesti buang sampah merata-rata kat rumah".
Antara langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa :-
1. Memberi penerangan kepada anak-anak tentang alam sekitar dan peranannya
2. Memberi contoh yang positif kepada anak-anak seperti membuang sampah kedalam tong sampah, mengitar semula sampah yang boleh dikitar.
3. Mewujudkan satu ruang kitar semula dirumah. Barang-barang kitar semula ini boleh dihantar kepada recycleandreward.my dimana kita boleh menebus ganjaran hasil dari kitar semula ini.Sampah ditukarkan dengan barang elektrik? siapa tak nak kan?
4. Menggunakan elektrik dan air dengan sewajarnya (tidak membazir)
5. Menyertai bersama anak-anak kempen alam sekitar yang diadakan.
Sekiranya peranan kecil ini diambil tindakan oleh semua keluarga, alam kita Insya Allah akan terpelihara.
No comments:
Post a Comment