Wednesday, November 12, 2014

Bagaimana untuk tahu anak mengalami Disleksia atau tidak?


Salah seorang pelajar kami mengalami kesukaran membaca. Pada mulanya kami tidak perasan. Mengikut Penilaian di Tadika apabila sudah tamat 5 buku bacaan dalam Program bacaan, sepatutnya pelajar sudah boleh membaca dengan mudah buku cerita dan juga boleh menulis dengan baik.

Ketika ujian tulisan dibuat, iaitu guru membaca dan pelajar menulis, pelajar tersebut sukar menulis perkataan dan apa yang kami lihat pelajar itu menggugurkan huruf. Perkataan seperti batu, masa, pada akan menjadi bt, ms dan pd.


Terdapat beberapa masalah desliksia

1. Kesukaran mengenal b,d,p

2. Menggugurkan huruf atau perkataan Contoh: Memasak akan menjadi "mmsk" atau pun dalam ayat " Ibu memasak nasi di dapur" akan menjadi "Ibu memasak dapur"

3. Menambah huruf dan perkataan lain apabila menulis dan membaca

4. Kecederungan melakukan kesilapan yang sama berulangkali.

5. Menterbalikkan perkataan

Jenis Disleksia

1. Disleksia Pendengaran (Auditori)

2. Disleksia Pandangan (Visual)

3. Kedua-duanya



Pelajar ini dalam peringkat "Ringan Disleksia'. Jadi apa yang kami lakukan (Jadilah seperti Amir Khan), setiap petang selesai solat asar. Guru akan duduk bersama-sama pelajar dan membuat latihan intensif bersama. Hari kedua dia sudah dapat memahami apabila saya menyebut "BA" akan ada huruf "A" berkawan dengan "B". Cara kedua sebelum latihan guru imbaskan semula Ba bi bi, ta ti tu, ka ki ku. Apabila pelajar tersebut terlupa. Guru terus minta pelajar pejamkan mata dan bayangkan semula Contoh: Ba Bi Bu

Ciri lain pelajar ini:

1. Kurang keyakinan diri
2. Gemar ekspreskan emosi melalui lukisan

Itulah peranan Guru Tadika, memahami dan mengenalpasti masalah pelajar dari peringkat awal. Salah satu sebab mengapa pelu mencari Tadika yang tidak terlalu ramai dan guru yang mencukupi agar mudah memantau pelajar.

Kami doakan Pelajar ini dapat segera membaca dengan baik sebelum melangkah ke Darjah Satu.

No comments:

Followers