Thursday, December 25, 2014

Tadika ABS Bandar Seri Putra Bangi

Alhamdulillah Tadika ABS Bandar Seri Putra sudah mula menerima pendaftaran Ibubapa. Lokasi tadika berhampiran dengan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Di sebelah atas DOMINO PIZZA


Kawasan yang sangat luas dan selesa untuk pelajar membuat aktiviti.


Bilik utama untuk aktiviti dan kelas pelajar.


Tadika sedia menerima pendaftaran bermula 9.00 am - 5.00 pm, 9.00am -1.00pm (Sabtu)

Pertanyaan boleh hubungi saya di 0173922621

Wednesday, December 17, 2014

Pendaftaran Tadika ABS Sg. Tangkas, Kajang 2015



Ramai tercari-cari lokasi Tadika ini walaupun sudah setahun beroperasi. Walaupun alamatnya di Kajang, Tadika ini berhampiran dengan Stesen Komuter UKM, Bangi. Perlu masuk bawah terowong dan terus sehingga nampak shoplot disebelah kiri. Sederet dengan SpeedMart. Lokasi Tadika di atas Klinik Filzah.

Maksimum pengambilan pelajar adalah 30 orang murid bagi memastikan pelajar selesa dan guru-guru dapat fokus dengan perkembangan pelajar. Dikhabarkan pendaftaran untuk pelajar 3 dan 4 tahun hampir penuh. Kepada ibubapa yang masih berkira-kira untuk menghantar anak mereka boleh berbuat demekian segera.

Jumlah pelajar yang sesuai dengan bilangan guru dapat memastikan disiplin dan perkembangan anak lebih baik. Terutamanya yang baru atau pertama kali ke Tadika. Pada peringkat awal emosi anak-anak agak terganggu apabila berjumpa dengan rakan serta suasana baru.

Hubungi: Puan Nurul Aida 0183996220

Sunday, November 23, 2014

Kupon Diskaun Hari Terbuka Tadika ABS Bangi dan Sg. Tangkas UKM


Tebus Kupon di Nombor yang tertera di lokasi yang tertera diatas.

1. Percuma Parenting Talk
2. Diskaun RM50.00 Program cuti sekolah (4-12 Tahun)
3. Diskaun RM30.00 Kelas Sains

Bagi yang belum dapatkan kupon boleh juga maklumkan kehadiran di no. yang tertera pada gambar.

Wednesday, November 12, 2014

Bagaimana untuk tahu anak mengalami Disleksia atau tidak?


Salah seorang pelajar kami mengalami kesukaran membaca. Pada mulanya kami tidak perasan. Mengikut Penilaian di Tadika apabila sudah tamat 5 buku bacaan dalam Program bacaan, sepatutnya pelajar sudah boleh membaca dengan mudah buku cerita dan juga boleh menulis dengan baik.

Ketika ujian tulisan dibuat, iaitu guru membaca dan pelajar menulis, pelajar tersebut sukar menulis perkataan dan apa yang kami lihat pelajar itu menggugurkan huruf. Perkataan seperti batu, masa, pada akan menjadi bt, ms dan pd.


Terdapat beberapa masalah desliksia

1. Kesukaran mengenal b,d,p

2. Menggugurkan huruf atau perkataan Contoh: Memasak akan menjadi "mmsk" atau pun dalam ayat " Ibu memasak nasi di dapur" akan menjadi "Ibu memasak dapur"

3. Menambah huruf dan perkataan lain apabila menulis dan membaca

4. Kecederungan melakukan kesilapan yang sama berulangkali.

5. Menterbalikkan perkataan

Jenis Disleksia

1. Disleksia Pendengaran (Auditori)

2. Disleksia Pandangan (Visual)

3. Kedua-duanya



Pelajar ini dalam peringkat "Ringan Disleksia'. Jadi apa yang kami lakukan (Jadilah seperti Amir Khan), setiap petang selesai solat asar. Guru akan duduk bersama-sama pelajar dan membuat latihan intensif bersama. Hari kedua dia sudah dapat memahami apabila saya menyebut "BA" akan ada huruf "A" berkawan dengan "B". Cara kedua sebelum latihan guru imbaskan semula Ba bi bi, ta ti tu, ka ki ku. Apabila pelajar tersebut terlupa. Guru terus minta pelajar pejamkan mata dan bayangkan semula Contoh: Ba Bi Bu

Ciri lain pelajar ini:

1. Kurang keyakinan diri
2. Gemar ekspreskan emosi melalui lukisan

Itulah peranan Guru Tadika, memahami dan mengenalpasti masalah pelajar dari peringkat awal. Salah satu sebab mengapa pelu mencari Tadika yang tidak terlalu ramai dan guru yang mencukupi agar mudah memantau pelajar.

Kami doakan Pelajar ini dapat segera membaca dengan baik sebelum melangkah ke Darjah Satu.

Cikgu Mahu buat Magik ke?


Hehe tanya seorang pelajar 4 tahun apabila melihat sebekas air, pewarna biru, cawan di atas meja.


Modul Little Ibnu Sina (LIS) merupakan salah satu modul yang terdapat dalam mata pelajaran di Tadika ABS. Pelajar boleh memerhati, membuat jangkaan dan membuat kesimpulan dari setiap eksperimen yang dibuat.

Kali ini topiknya adalah "Kerjasama Zarah Air dan Zarah Udara"


1. Pelajar diterangkan dengan Zarah Air dan Zarah udara
2. Pelajar ditanya samaada Zarah Air dapat memerangkap Zarah udara
3. Pelajar juga memahami konsep tekanan udara



Pelajar-pelajar sangat seronok mencuba sesuatu yang baru. Mereka dalam mood tertanya kenapa, bagaimana, bila dan di Tadika ABS diterangkan terus dengan eksperimen. Aktiviti yang dilakukan amat mudah dan pelajar boleh pulang ke rumah dan lakukan bersama ibubapa pula. Lihat gaya mereka berlakon menjadi Professor


Selesai eksperimen, sekarang mereka perlu melukis dan menulis pemerhatian ke dalam buku LIS dan di labelkan. Ada sesetengah pelajar yang lebih teliti ( Bakal Penyelidik mungkin) akan melukis semua pemerhatian yang dibuat.


Jadi mereka tidak lah tertekan untuk melihat buku sahaja kan..

Boleh ikuti aktiviti kami di FB: Tadika ABS Villa Tropika, Kajang

Sekiranya berminat untuk pendaftaran, ada 80 cawangan seluruh Malaysia layari www.tadikaabs.com

Tuesday, October 28, 2014

Lokasi Tadika ABS Aktif Bijak Santun Seksyen 4 Bangi

Ada yang bertanya Lokasi Tadika ABS Seksyen 4 Bangi. Ini lokasinya


Sangat memudahkan ibubapa dari Bulatan Seksyen 7 yang ingin menuju ke UKM, Highway Bangi atau sebaliknya. Berhampiran dengan jalan masuk dan keluar. Menyediakan 3 program 8.00am hingga 12.30pm, 8.00am hingga 2.30pm dan 8.00am hingga 6.00 pm

untuk sebarang pertanyaan boleh SMS atau Whatsapp ke 0173922621 FB Page: Tadika ABS Seksyen 4 Bangi Website: www.tadikaabs.com

Malam Gala Tadika ABS Bangi dan Kajang


Selesai sudah aktiviti tahunan Malam Gala Tadika ABS (Bangi dan Kajang) untuk tahun ini di Bangi Golf Resort. Gabungan tiga Tadika iaitu Tadika ABS-STRIDE (Kajang Mewah), Tadika ABS- Hentian Kajang dan Tadika ABS Villa Tropika (Sg. Tangkas/Komuter UKM).Seronok melihat Pelajar-pelajar membuat persembahan masing -masing. Guru-gurunya yang lebih berdebar setelah berlatih hampir dua minggu sama ada ingat atau tidak pelajar 4,5 dan 6 tahun ini.


Persembahan pertama dari Tadika ABS Villa Tropika. Cik Puan Muda Allysha dengan kisah Burung Gagak yang berdikari. Gigih lah cikgunya menyediakan baju dan hiasan. Mujur jadi juga. Burung Gagak tambahan yang memakai baju PUMA, Tuan Muda Zairul adalah rancangan saat akhir. Bimbang Cik Puan Muda Allysha ni kelu lidah boleh juga Tuan Muda ini bertindak sebagai penyampai. Allhamdulillah Tuan Muda ini hanya perlu terbang-terbang di keliling Cik Puan Muda Allysha sahaja.


Persembahan gabungan antara semua Tadika Peradaban zaman Nabi, Tadika Villa Tropika dapat babak setelah Nabi Adam diturunkan di bumi dan juga peradaban Nabi Nuh. Puas lah fikir idea baju untuk persembahan, akhirnya buat begini sahaja.

Persembahan gabungan beramai-ramai. Nampak gah dan hebat apabila semua pelajar berada di atas pentas. Misi Tadika ABS tercapai! Aktiviti sebegini memberikan keyakinan, keberanian, kesungguhan dan saling-bekerjasama antara rakan. Ibubapa pelajar juga telah memberikan sokongan yang baik untuk anak-anak ini.

Ok sedia untuk Persembahan pada Hari Graduasi dengan tema "Aspirasi Bakat"

Mari mula cari idea...

Thursday, September 18, 2014

Tips Anak Suka ke Tadika


Masalah yang biasa dialami oleh ibubapa ketika mula dihantar ke tadika adalah menangis, meragam, dan murung. Haa Pening tak? Maka ayah pun risaukan meninggalkan anak dalam keadaan menangis, adakalanya seminggu, adakalanya sebulan serba salah dibuatnya.

Berikut adalah tips yang mengurangkan masalah ini. Saya dah buat untuk Thaqif, memang hari pertama tidak menangis, elok sahaja masuk kelas dan bermain mainan tadika. Hari kedua Thaqif pula ditugaskan untuk memujuk rakan-rakan yang menangis.


1. Berikan kebebasan anak untuk memilih

Seperti mana ibubapa mempunyai naluri "six senth", begitu juga dengan anak-anak. Bawa mereka meninjau ke beberapa tadika bersama dan biarkan mereka memilih tadika mana yang disukai. Adakalanya mereka sudah merasai "suasana" di tadika, melihat guru-guru dan rakan-rakan senior yang lain mereka pasti teruja untuk ke Tadika kelak.

2. Beritahu mereka

Maklumkan secara kerap sejak awal-awal lagi yang mereka akan mula bersekolah. Berikan bayangan keseronokan ke Tadika nanti. Ibubapa juga boleh ceritakan pengalaman ke Tadika semasa kecil

3. Ceritakan Manfaat

Ceritakan kelebihan apabila ke Tadika dari segi ilmu, pengalaman berkawan dan aktiviti yang akan mereka tempuhi. Kerap maklumkan kebaikan, kebaikan bersekolah.

4. Upin Ipin

Kisah Tadika Mesra siri Upin Ipin juga sangat membantu dalam memberikan gambaran awal keseronokan ke tadika. Anak-anak mudah dipengaruhi dengan watak kartun kegemaran mereka. Dalam siri upin ipin juga banyak pengajaran diselitkan bersama contohnya siri "Kelebihan berjimat cermat dan menyimpan wang", perkara ini juga diterapkan dalam www.tadikaabs.com dalam Model ARAF.

Mulakan dengan tips ini, Insya Allah membantu ibubapa menghantar anak ke tadika nanti.

Cawangan Tadika ABS yang akan di buka di Fasa 4 Bangi

Thursday, September 11, 2014

Tadika Baru Akan dibuka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi


Kepada ibubapa yang sedang mencari-cari Tadika untuk kemasukkan 2015, ada Sebuah tadika baru yang akan dibuka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.
Tadika ABS Aktif, Bijak, Santun dari Rangkaian Tadika ABS. Rangkaian ini sudah mempunyai lebih kurang 43 buah tadika termasuk yang akan dibuka tahun hadapan.


Modul yang diterapkan pun sangat menarik berbeza dari Tadika yang sedia ada. Tadika ini mengamalkan Teknik Nabi dalam keseluruhan operasi dan aktiviti tadika. Kanak-kanak tidak dimarahi, di suruh-suruh tetapi mereka akan didorong untuk membuat atau mencapai sesuatu. Salah satu ciri yang baik untuk pembentukan sahsiah peribadi mereka. Secara tidak lansung menjadikan kanaka-kanak yang lebih beradap, sopan dan yakin diri.

3 Elemen utama yang diterapkan

1. Teknik Nabi
2. Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi
3. Modul ARAF


Pernah dengar kanak-kanak yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi? Orang Singapura, Sabah dan Sarawak adakalanya lebih banyak menggunakan BMT dari kita. Penggunaan Bahasa yang mantap, intonasi yang jelas menyerlahkan kredibiliti mereka. Pening kepala apabila membaca komen di FB yang banyak menggunakan penggunaan cer, dye, aq, dan sebagainya hingga susah untuk di fahami. Cikgu-cikgu di sekolah sekarang pun pening kepala melihat karangan Bahasa Melayu pelajar sekarang ini.


Modul Araf pula mendidik pelajar untuk menguruskan kewangan, belajar berdikari (tiadalah kerap minta duit je kan) dan menjadikan mereka usahawan muda. Pelajar juga akan ada aktiviti berjual beli dan membuka booth

Lain-lain tambahan modul adalah aktiviti memanah, berenang dan pelbagai aktviti lain. Tambahan Bahasa Inggeris dan Mandarin sebagai Bahasa ke tiga. Memang seronoklah aktiviti yang mereka buat ada Malam Gala, Konvokesyen, sukan, seminar keibubapaan.

Aktiviti mereka yang lepas


Premis di seksyen 4 tu sedang diubahsuai nanti dah siap boleh upload

Untuk pendaftaran dan pertanyaan boleh hubungi Puan Hazarini 0173922621

Tuesday, August 19, 2014

Main dengan Snake Bubble

Aktiviti pagi ini bersama Wazif,lihat muncungnya tu


Apa yang perlu buat hanya potong botol air yang 500ml tu. Jangan pendek sangat dan jangan ke bawah sangat penat nak tiup nanti.

Kemudian ambil kain yang sudah dipotong baju lama anak-anak yang dah tak dipakai pun ok.. kemudian ikat dengan getah. Asalkan tertutup sepenuhnya bahagian yang sudah dipotong.

Bancuh pencuci pinggan dengan air, celup bahagian kain dan tiup. Yea... buih dah keluar.

Tak perlu celup setiap kali nak tiup. Tiup je sampai buih tu dah tak keluar lagi. Buih tu akan menjadi semakin besar bila sabun yang ada pada kain tu semakin sikit.

Lepas ni boleh main siapa yang boleh tiup buih terpanjang.


Dah puas main letak pula atas kepala haha yang bestnya bila buih ni mula nak hilang nampak macam kristal dan ikatan antara satu sama lain macam sarang labah-labah, oh part ni Mamanya yang teruja lebih

Apa fungsi mainan ini? Sama macam main buih tiup-tiup RM1 ke RM2 tu, selalu beli tapi tak pernah habis, sama ada tumpah atau entah ke mana-mana sabun tu pergi. Sekarang ni famous dengan giant bubble tu kan. syok juga main tu.

Fungsi main benda untuk meransang otot-otot mulut, tengok lah bila mereka berusaha untuk meniup. Lepas tu pasti akan berlari-lari mengejar buih kan. itu lah kelebihannya...

Sunday, August 17, 2014

DIY Cloud Dough



Tiba-tiba sekarang ni famous pula dengan kinetic sand dan cloud Dough. Yang menariknya Kinetik Sand mudah bercantum dan melekat antaran satu sama lain manakala Cloud Dough lebih gebu. Ala macam main pasir pantai macam tu.

Harganya boleh tahan juga lah kerana ikut per KG. Masalahnya tak pasti pula si Thaqif dan Wazif reti main atau tidak. Ye lah Main Pasir lah kan.


Google punya google dapat lah resepi DIY CLOUD DOUGH, wah seronoknya jimat kos kurang dari RM10 dah dapat Cloud Dough ni. Terus cari Baby Oil yang ada huhu saya guna yang Baby Oil warna purple tu, mahalkan tapi dah dua tahun beli dari Wazif lahir tak habis.. habis lagi. Jadi korbankan untuk projek DIY ni. Wangi pula tu.

Ok ini resepi yang ringkas

3 Cawan Tepung
1/2 Cawan Baby Oil


Campurkan sahaja kedua-duanya hingga melekat atau boleh bergumpal-gumpal macam tu. Kalau tak cukup tambah lagi baby oil. Sekurang-kurangnya ketika bermain dapat juga manfaat baby oil tu di jari jemari dia orang kan...

Kemudian berikan apa-apa acuan, bekas yang boleh dipadat-padatkan, alah macam main pasir tepi pantai tu. kalau nak best buatlah banyak-banyak Cloud Dough tu. Memang syok dia orang main


Make sure ada box besar atau kolam ke apa ke untuk mereka bermain. Tidak lah tertumpah keluar. Satu kerja pula nak mengemop satu rumah. Cara terbaik main sahaja di luar, boleh terus siram di lantai. Jika ada rumput-rumput depan rumah pun ok.

Tahulah bila budak-budak ni bermain Thaqif, 5 tahun ok lah juga. Yang adiknya Wazif siap main baling-baling lagi, letak atas kepala abangnya huhu feeling di tepi pantai pula dia orang nih.


Tahan lama juga Cloud Dough Homemade ni, simpan dalam bekas bertutup bagi tahan lama. So dah tengok dia orang enjoy bermain boleh lah nak beli original Kinetic Sand atau Cloud Dough. Taklah ralat pula bila dah beli tak mahu main pulakan...



Wednesday, May 14, 2014

12 Cara Untuk Pastikan Anak-anak Mengemaskan Mainan.

Kebanyakkan ibubapa penat mengemas mainan setiap hari. Walaupun sudah beberapa kali diminta kemas dan ditegur. Begitu juga gayanya. Sudak bereksperimen beberapa tips cara organize kan mainan anak-anak, agar lebih mudah di kemas Fenat tau kemas berulangkali,... Ops tak baik merungut, sini saya sharekan

Cuba lakukan 12 tips dibawah, mulakan seawal mungkin, mana tahu dapat disiplinkan anak-anak nanti.

1. Lakukan bersama
Lakukan bersama-sama anak-anak seawal mungkin. Jika ada adik beradik lain boleh juga buat permaianan “Siapa cepat kemas, dia yang menang”. Ini mengubah daripada mengemas sesuatu yang membosankan kepada sesuatu yang seronok.

2. Asingkan mengikut kategori
Kebanyakkan permainan dibeli dalam bentuk set, contohnya set Lego, set wooden blok, lori, kereta jadi asingkan didalam kotak mengikut set masing-masing. Beritahu kepada anak-anak hanya satu atau dua kotak permainan boleh dimainkan pada satu-satu masa. Jangan lupa labelkan kotak tersebut!


3. Sisihkan mainan yang rosak
Mainan yang kecil, kereta tertanggal tayarnya, mungkin patung yang sudah terkoyak dan terkeluar isinya sama ada disishkan atau dibaiki semula. Libatkan anak-anak dalam proses ini bagi mengelakkan terasa hati apabila ada mainan yang dibuang.

4. 1 Jenis Mainan 1 Masa
Lebih banyak permainan lebih masa diperlukan untuk dikemas. Minta mereka pilih kotak yang mana yang ingin mereka main. Jika perlu boleh juga asingkan mengikut hari.


5. Membuat sepah adalah IDEA!
Kanak-kanak beranggapan membuat sepah adalah satu idea yang menakjubkan. Pelik bunyinyakan? Terangkan bila mereka perlu kemas semula semua permainan itu jika tidak rule 2 adalah penting, Sedikit mainan yang dimain, sedikitlah perlu dikemas.

6. Berikan Contoh yang baik
Contohnya apabila ibubapa selesai membuat sesuatu kerja, didapur misalnya atau pun sesudah berkebun. Beritahu kepentingan mengemas selesai membuat kerja. Bagi mengelakkan barang-barang hilang atau orang lain tercedera atau barang tersebut rosak. Didikan melalui tauladan adalah penting ketika umur begini.

7. “Tolong mama kemas mainan” lebih baik dari “Pergi kemas mainan sekarang!”
Meminta pertolongan adalah lebih baik dari memberi arahan. Dengan ini mereka juga akan meminta pertolongan bukan memberi arahan kepada orang lain dalam membuat sesuatu.

8. Beritahu secara spesifik
”Tolong mama, kemaskan mainan ini ke dalam kotak biru dan yang ini dalam kotak merah”. Setelah beberapa lama mereka akan faham dan tahu dimana mainan-mainan tersebut perlu disimpan

9. Ruang bermain
Jika mempunyai ruang mencukupi sediakan ruang bermain. Maklumkan mainan-mainan tersebut tidak boleh keluar dari ruang itu kecuali satu jenis untuk satu-satu masa.


10. Bekas penyimpanan yang sesuai
Sediakan bekas mainan yang sesuai dan mudah bagi anak-anak untuk disimpan. Labelkan supaya mereka juga boleh terus belajar membaca


11. Jadikan satu rutin
Contohnya semua permainan perlu disimpan sebelum tidur. Sebelum sesi membaca buku cerita dimulakan, ajak mereka mengemasnya terlebih dahulu. Jika Asas ” 1 Mainan 1 Masa”. Sesi mengemas menjadi lebih cepat dan mudah

12. Dermakan
Mainan yang tidak lagi digunakan boleh diberikan kepada anak-anak saudara mahupun sebagai sumbangan kepada anak-anak yang tidak bernasib baik. Dengan ini mereka juga akan belajar empati terhadap insan lain.

Cantikkan contoh gambar dari google? Pada mulanya bercadang nak guna clear plastik box upgrade dari wooven box sekarang ini, tapi lihat gambar yang contoh terakhir tu minat macam tu lah pula... :P



Wednesday, January 22, 2014

Kreativiti Melalui City Blok

City Blok mengandungi pelbagai bentuk kayu dan warna. Selain disusun untuk meransang imiginasi anak-anak, mengembangkan kemahiran berbahasa dan motor skill, terdapat beberapa aktiviti yang menyeronokkan dengan mengunakan City blok ini.


==============
KENALKAN BENTUK
==============

Kategorikan bentuk yang sama kepada satu kumpulan, boleh gunakan Bahasa Melayu, Inggeris mahupun bahasa lain untuk menerangkan bentuk blok. Tuliskan juga ke atas sekeping kertas dan diletakkan pada setiap bentuk


===========
WARNA
===========

Kemudian kategorikan mengikut warna blok-blok. Tuliskan juga kepada sehelai kertas agar Si Manja cepat dapat menangkap huruf. Salah satu cara merangsang kebolehan membaca



==========
KESEIMBANGAN
==========

Ajak Si Manja untuk membina menara, lihat bagaimana mereka cuba seimbangkan setiap blok dan tetap berusaha walaupun beberapakali jatuhan.




Pelbagai cara boleh dilakukan dengan sedikit kreativiti, Si Manja sudah tentu menyukainya apatah lagi bila dapat bermain bersama-sama.

Dengan hanya bermain Blok, Si Manja akan dapat tiga manfaat utama MERANSANG IMIGINASI, KOMUNIKASI, dan MOTOR SKILL yang penting untuk memastikan IQ anak-anak sentiasa berkembang dengan pesat.


Untuk dapatkan CITY Blok boleh klik disini

Friday, January 10, 2014

Tantrum

Setelah penat seharian bekerja, pulang ke rumah anak pula meragam.

Ketika sedang membeli-belah tiba-tiba anak mengamuk nakkan sesuatu. Rasa nak terus pulang ke rumah.

Adakalanya anak-anak menangis tanpa diketahui sebab. Bila bertanya tidak dijawab dan terus merengek.

Antara pengalaman yang dialami oleh ibubapa, ia dipanggil Tantrum.Tantrum boleh dialami oleh setiap kanak-kanak. Biasanya ketika umur 3 hingga 4 Tahun. Adakalanya 1 hingga 3 Tahun.

Melalui fasa-fasa sebegini sangat menduga hati ibubapa. Apa yang boleh dilakukan adalah

Tarik Nafas
Terima sifat anak seadanya, pedulikan orang kata tentang anak kita, kita lebih mengenalinya. Elakkan terikut sama dengan emosi anak. Anda mungkin sudah tidak tahan, tarik nafas dan kenang kembali saat kelahiran anak.

Kenal Pasti
Kenal pasti apa yang biasa menjadi puncanya. Adakalanya dia tidak sukakan keadaan sesak, mungkin kelaparan mahupun tidak selesa. Ada sesuatu yang mungkin meganggunya tetapi sukar untuk diluahkan.

Alihkan perhatian
Alihkan perhatian kepada sesuatu yang lain jika anak berterusan mengamuk dan meragam. Sesuatu yang diminati dan disukai.

Berdoa
Berdoa dengan suara yang kuat untuk didengari anak. Tak Perlulah Menjerit pula. "Ya Allah, lihat lah anak soleh yang bernama Aiman ni, jadilah dia seorang yang bijak, kuat dan disayangi ramai". tu contoh je.. doalah apa-apa asalkan yang positif

Biarkan Seketika
Berikan masa untuk dia menangis. Biasanya ini adalah langkah terakhir, beri ruang kepada anak dan ruang kepada diri sendiri. Kemudian ulang lagkah pertama, peluk dan pujuk kembali tanyakan dengan lembut "Abang sedih ya, Anak mama yang baik ini sedih, mari mama peluk boleh?", Setelah tangisan reda, peluk, cium dan usap anak. Berikan kata-kata yang positif.

Insya Allah apabila kita biasakan dengan teknik ini kita dah tak perlu menjerit sama ketika anak meragam.

Followers