Monday, June 21, 2010

Resepi anak-anak

Krim soup brokoli dan Lobak Merah

Brokoli secukupnya
1 batang Lobak Merah
Secawan Stok ayam
4 sudu butter
4 sudu tepun serbaguna
3 cawan krim
sedikit garam
sedikit lada sulah (untuk baby tak perlu lah rasanya)

Rebus lobak dan brokoli bersama stok ayam sehingga mendidih. Kecilkan api sehingga empuk. kemudian sejukkan sekejap kemudian blender. Letak tepi

dalam api yg kecil, cairkan butter, masukkan tepung dan kacau rata kemudian masukkan krim. masukkan puri sayur tadi. tambah 1 cawan air rebusan ayam. masukkan garam dan lada sulah

(boleh tambah hirisan ayam, boleh dimakan sahaja atau dicecah roti... emmm sedap)

Wednesday, June 9, 2010

Hari Alam Sekitar

Bersempena dengan hari alam sekitar sedunia baru-baru ini. Fakta yang rasanya ramai sudah tahu dan mungkin yang belum, suhu di Malaysia telah mencapai 34 darjah celcius!!...mungkin ramai yang sudah perasan yang suhu pada waktu tengahari sangat panas. Sehingga ada yang tak sanggup keluar pejabat atau rumah.Isu ini telah lama diperkatakan, kempen-kempen telah dibuat tetapi hanya segelintir yang mengambil tindakka manakala sebahagian lagi buat tak kisah. Jadi, sebagai ibu bapa kita mempunyai peranan dalam mendidik anak-anak untuk mencitai alam sekitar. seperti yang kita selalu dengar
Kita bukan mewariskan alam ini kepada generasi akan datang tapi meminjam dari mereka
Saya ada terlihat satu videoklip yang menarik. Setiap apa yang dilakukan ibu bapa akan diikut oleh anaknya. Contoh ibunya buang sampah ke luar kereta, anaknya pun buang sampah ke luar kereta. Setiap kali saya berhadapan dengan kereta-kereta yang kurang bertanggungjawab ni, dalam hati saya " emm.. mesti parents dia macam tu juga, mungkin anak-anaknya pun mesti buang sampah merata-rata kat rumah".

Antara langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa :-

1. Memberi penerangan kepada anak-anak tentang alam sekitar dan peranannya
2. Memberi contoh yang positif kepada anak-anak seperti membuang sampah kedalam tong sampah, mengitar semula sampah yang boleh dikitar.
3. Mewujudkan satu ruang kitar semula dirumah. Barang-barang kitar semula ini boleh dihantar kepada recycleandreward.my dimana kita boleh menebus ganjaran hasil dari kitar semula ini.Sampah ditukarkan dengan barang elektrik? siapa tak nak kan?
4. Menggunakan elektrik dan air dengan sewajarnya (tidak membazir)
5. Menyertai bersama anak-anak kempen alam sekitar yang diadakan.

Sekiranya peranan kecil ini diambil tindakan oleh semua keluarga, alam kita Insya Allah akan terpelihara.

Followers