Wednesday, January 22, 2014

Kreativiti Melalui City Blok

City Blok mengandungi pelbagai bentuk kayu dan warna. Selain disusun untuk meransang imiginasi anak-anak, mengembangkan kemahiran berbahasa dan motor skill, terdapat beberapa aktiviti yang menyeronokkan dengan mengunakan City blok ini.


==============
KENALKAN BENTUK
==============

Kategorikan bentuk yang sama kepada satu kumpulan, boleh gunakan Bahasa Melayu, Inggeris mahupun bahasa lain untuk menerangkan bentuk blok. Tuliskan juga ke atas sekeping kertas dan diletakkan pada setiap bentuk


===========
WARNA
===========

Kemudian kategorikan mengikut warna blok-blok. Tuliskan juga kepada sehelai kertas agar Si Manja cepat dapat menangkap huruf. Salah satu cara merangsang kebolehan membaca



==========
KESEIMBANGAN
==========

Ajak Si Manja untuk membina menara, lihat bagaimana mereka cuba seimbangkan setiap blok dan tetap berusaha walaupun beberapakali jatuhan.




Pelbagai cara boleh dilakukan dengan sedikit kreativiti, Si Manja sudah tentu menyukainya apatah lagi bila dapat bermain bersama-sama.

Dengan hanya bermain Blok, Si Manja akan dapat tiga manfaat utama MERANSANG IMIGINASI, KOMUNIKASI, dan MOTOR SKILL yang penting untuk memastikan IQ anak-anak sentiasa berkembang dengan pesat.


Untuk dapatkan CITY Blok boleh klik disini

Friday, January 10, 2014

Tantrum

Setelah penat seharian bekerja, pulang ke rumah anak pula meragam.

Ketika sedang membeli-belah tiba-tiba anak mengamuk nakkan sesuatu. Rasa nak terus pulang ke rumah.

Adakalanya anak-anak menangis tanpa diketahui sebab. Bila bertanya tidak dijawab dan terus merengek.

Antara pengalaman yang dialami oleh ibubapa, ia dipanggil Tantrum.Tantrum boleh dialami oleh setiap kanak-kanak. Biasanya ketika umur 3 hingga 4 Tahun. Adakalanya 1 hingga 3 Tahun.

Melalui fasa-fasa sebegini sangat menduga hati ibubapa. Apa yang boleh dilakukan adalah

Tarik Nafas
Terima sifat anak seadanya, pedulikan orang kata tentang anak kita, kita lebih mengenalinya. Elakkan terikut sama dengan emosi anak. Anda mungkin sudah tidak tahan, tarik nafas dan kenang kembali saat kelahiran anak.

Kenal Pasti
Kenal pasti apa yang biasa menjadi puncanya. Adakalanya dia tidak sukakan keadaan sesak, mungkin kelaparan mahupun tidak selesa. Ada sesuatu yang mungkin meganggunya tetapi sukar untuk diluahkan.

Alihkan perhatian
Alihkan perhatian kepada sesuatu yang lain jika anak berterusan mengamuk dan meragam. Sesuatu yang diminati dan disukai.

Berdoa
Berdoa dengan suara yang kuat untuk didengari anak. Tak Perlulah Menjerit pula. "Ya Allah, lihat lah anak soleh yang bernama Aiman ni, jadilah dia seorang yang bijak, kuat dan disayangi ramai". tu contoh je.. doalah apa-apa asalkan yang positif

Biarkan Seketika
Berikan masa untuk dia menangis. Biasanya ini adalah langkah terakhir, beri ruang kepada anak dan ruang kepada diri sendiri. Kemudian ulang lagkah pertama, peluk dan pujuk kembali tanyakan dengan lembut "Abang sedih ya, Anak mama yang baik ini sedih, mari mama peluk boleh?", Setelah tangisan reda, peluk, cium dan usap anak. Berikan kata-kata yang positif.

Insya Allah apabila kita biasakan dengan teknik ini kita dah tak perlu menjerit sama ketika anak meragam.

Followers