Friday, October 12, 2012

Gadjet oh gadjet

Sekarang ni bermacam-macam gadjet terkini yang ada kat pasaran, kadang2 sampai tak terikut.. yelah.. baru je keluar model nie..tup-tup keluar model baru... tambahan sket function dari yg awal.. Bagi yang berduit..terus tukar yang baru.


Budak-budak kecik yang umur 3 tahun pun dah ada tablet sendiri maklumlah banyak jenis yang baru keluar nak yang murah atau mahal yang penting tepuk poket mak ayah :). Mak Ayah pun kadang2 anak-anak tak minta pun tapi dah belikan, asalnya untuk tujuan pembelajaran kemudian lama-lama dah upload pula game.

Sudahnya kalau bertandang ke rumah orang masih mengadap game.. huhu .. tak tau la generasi akan datang macamana. Bukan tak boleh perkenalkan anak-anak dengan teknologi sekarang ni. Cuma perlu pantauan agar tak ketagih. Mungkin boleh buat jadual bila dan dimana anak-anak ini boleh gunakan gadjet2 ni.

Peringkat umur 0-6 tahun lebih baik kita terapkan aktiviti yang mengunakan fizikal dan otak. Main lego, main kereta, main di taman permainan nampak macam tak mencabar tapi mereka mengunakan keseluruhan anggota badan yang akan menyebabkan otak juga berfungsi sama.

Saya suka kalau anak saya berimiginasi, dan dia akan bercerita walaupun tak masuk akal saya layankan je la... sebabnya dia ada idea tentang satu perkara, dan bila bercerita perbendaharaan kata akan bertambah. Saat melihat mereka membesar adalah sesuatu yang indah :)

Followers